Hari yang berikutnya sepanjang tempoh pemantauanku di Galas agak selesa kerana beberapa jalan utama telah masuk kedalam benak otak, yang memudahkan segala urusan. Seperti biasa aku memulakan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke bilik gerakan utama aka ‘Command Center BN‘. Setelah berjumpa dengan beberapa kenalan sambil berbincang mengenai bacaan sikap pengundi. Hasil penelitian mereka graf sokongan kepada calon BN ada sedikit peningkatan, kerana beberapa isu berbangkit telah dapat diselesaikan.
Isu orang asli juga hampir 80% telah berjaya diselesaikan, cuma yang menjadi masalah ialah pengundi cina yang masih lagi agak cenderung menyokong calon Pas. Ini kerana gerakan DAP yang agak agresif dengan membangkitkan beberapa isu yang sensitif dan perkauman bagi menarik perhatian kaum cina.
Rata-rata menyifatkan faltor pengundi cina banyak memainkan peranan kerana dilihat sebagai undi penentu kemenangan bagi calon yang bertanding. Salah seorang rakan yang aku temui juga mengatakan ada kemungkinan wujud ‘spy’ yang menyalurkan maklumat kepada Pas. Ini kerana sejak kebelakangan ini, para petugas Pas seolah-olah dapat menghidu gerakan Umno untuk mengadakan ceramah.








