Archive for April, 2009

AZALINA ANTARA YANG PERLU DIKEKALKAN DALAM KABINET

Posted in Uncategorized on April 2, 2009 by warisanbonda

Benarkah keputusan pada Pemilihan Agung Umno baru-baru ini yang memperlihatkan ramai dikalangan jaguan-jaguan UMNO termasuk beberapa Menteri Penuh, Timbalan Menteri dan semua Menteri Besar (yang turut menawarkan diri dalam MT) kecundang adalah suara sebenar akar umbi parti itu.

Ataupun mungkin juga keputusan tersebut merupakan kesan daripada ‘gegaran tsunami politik’ pada pihanraya ke 12 lalu. Yang mana ia menyebabkan ramai dikalangan para perwakilan gagal membuat penilaian atau keputusan yang tepat?

Apapun alasan serta rumusan sekalipun, namun apa yang pasti segalanya sudahpun berlaku dan keputusan juga sudahpun diterjemahkan. Dan, para perwakilan sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat kepada semua persoalan ini.

Dan semua pihak perlu menghormati keputusan yang di buat oleh para perwakilan dari seluruh negara itu. Kerana keputusan tersebut boleh dianggap suara ‘demokrasi’ dari ahli serta pemimpin akar umbi parti.. Continue reading

KASIHAN WAKIL WANITA DALAM MT UMNO DI TAKUK LAMA

Posted in Uncategorized on April 1, 2009 by warisanbonda

SETIAP kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelibat Wanita dan Puteri UMNO yang paling ramai.

Tetapi agak menyedihkan apabila golongan Hawa ini tidak ramai berada dalam saf kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO.

Sejak zaman Puteh Maria menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO, kemudian diikuti Khadijah Sidek, Ibu Zain, Fatimah Hashim, Aishah Ghani, Rafidah Aziz dan Siti Zaharah Sulaiman, bilangan pemimpin Wanita UMNO dalam MT boleh dianggap ‘ada tetapi tiada suara’ Continue reading