Archive for January, 2010

Berubahlah untuk lebih prihatin

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , on January 30, 2010 by warisanbonda

Beberapa hari yang lepas, adik aku call dari Kedah dia maklumkan pada aku yang anak kepada salah seorang ahli politik di sana mendapat kemalangan jalan raya. Kejadian itu telah menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian kerana tulang tengkoknya patah. Adik aku memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada sebelah pagi, namun disebabkan mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri telah menyebabkan mayatnya terlantar di hospital hampir 12 jam.

Keluarga mangsa hanya dimaklumkan pada sebelah petang setelah menyedari anak mereka tidak pulang sejak pagi. Kerana khuatir sebarang perkara yang buruk berlaku baba mangsa telah mencari di sekitar kawasan perumahan itu dan akhirnya dimaklumkan akan kemalangan yang berlaku pada pagi tadi. Ketika tiba di hospital, barulah mereka dapat mengesahkan bahawa yang meninggal itu adalah anaknya.

Continue reading

Advertisements

Kenangan di Zoo Negara

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , , , , , on January 25, 2010 by warisanbonda

Hari ni, pagi lagi bini aku dah kejutkan aku bangun tido, sebab plan nak bawa anak-anak melawat Zoo Negara. Maklumlah sajalah semalam cadang nak pergi tapi terpaksa dibatalkan sebab dah tutup, so hari ni kira masa untuk meng’qado’ balik plan semalam. Sarapan pagi pun tak sempat buat, sebab cadang nak minum diluar then terus pergi. Lepas bersiap, kami sekeluarga pun turun, tapi x sempat nak pergi sarapan sebab jam dah masuk ke angka 11.00 t/hari, takut kalau lambat nanti cuaca panas.

Lepas bayar ‘entrance fees’ kami pun menuju ke pintu masuk, di pintu masuk volunteers zoo negara tengah pegang 2 ekor ular yang agak kecil, bebudak tu ‘offer’ sesiapa yg berminat nak pegang or bergambar dengan ular-ular mereka. Nama n jenis ular tersebut memang aku tak tahu. Mula tu memang aku berminat nak pegang, tapi masa aku nak pegang, menatang tu tengah buang air besar, terus laaa kau cancel.

Continue reading

Playground

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , , , , , , , on January 24, 2010 by warisanbonda

Pagi ini, isteri aku mencadangkan untuk membawa anak2 bersiar-siar, sebab dahulu aku jarang dapat meluangkan masa bersama mereka. Ini kerana dahulu aku sering kali sibuk dengan urusan kerja ditambah pula dahulu aku sering bermasam muka dengan isteriku. Oleh itu, sejak hampir sebulan lebih kami bersama menduduki rumah baru ini, masalah-masalah lalu yang sering membelengu kami sekeluarga seolah sudah berlalu.

Namun cadangan isteriku, terpaksa dipinda pada sebelah petang kerana tengah hari nanti, ada orang akan datang rumah untuk membaiki masalah saluran air dan tangki rumah ini. Dalam pukul 1.00 seperti yang dijanjikan, tukang paip pun tiba, terus aku tunjukkan dia tempat yang bermasalah.

Continue reading

We Care Too..!!!!

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , on January 21, 2010 by warisanbonda

Ini adalah post khas Kempen Bolgger We Care bagi membantu meringankan kesengsaraan saudara Megat dan keluarganya. Anda boleh ikuti kisah penderitaan saudara Megat melalui entri – tangisan aku , isteri dan anak-anak

Inisiatif yang diambil oleh hydir.com dengan meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan. Lawati laman web beliau untuk mengetahui maklumat lengkap.

Continue reading

Gelombang Upin dan Ipin

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , , , , on January 18, 2010 by warisanbonda

Posting kali ni, aku nak bercerita perihal hero sulungku, Ahmed Handzallah. Dulu masa kecil-kecil arwah aryah selalu cakap “kau ingat senang ke nak bela kau dulu, lasak bukan main”. Dan masa u aku tak pernah peduli dengan kata-kata tu, sebab ketika itu aku tidak pernah melalui dan merasai pengalaman sebegitu.

Masa tu, aku hanya beranggapan sebagai orang tua, adalah menjadi tanggungjawab mereka membesar kita. Susah atau sebaliknya bukanlah menjadi tugas aku untuk memikirkannya. Namun apabila sudah mempunyai 2 orang anak, sedikit demi sedikit aku mulai merasa pengalaman itu.

Continue reading

Terima kasih isteriku……

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , , , , , , , , on January 17, 2010 by warisanbonda

Ketika aku menukil coretan ini, semua ahli keluargaku yang lain sedang ‘pengsan’ kepenatan. Satu disebabkan jam sekarang telah menunjukan ke angka 3 pagi, dan yang kedua kerana pada sebelah siangnya semua sibuk melayan tetamu yang datang menziarahi kami di rumah yang baru kami duduki ini.

Yang ketiga, disebabkan semalam kami hanya tidur dalam 3-4 jam sahaja. Sebab berkemas bagi meraikan kedatangan tetamu ke teratak kami. Sebelah pagi pula bangun agak awal sebab menyambung tugas semalam. Isteri aku pula sibuk menyediakan juadah sarapan.

Sebelah pagi mak mertua aku, Uncle Moktar dan isteri (adik perempuan bongsu dalam keluarga mak mertauku) datang bersarapan dengan kami. Uncle Mokhtar dan isteri memang sering datang bersarapan bersama. Kebiasaannya pada hujung minggu dia dan isteri akan berjoging di sekitar kawasan rumah dan kalau berkesempatan mereka akan datang rumah mak mertua aku untuk bersarapan.

Continue reading

Pindah ke rumah baru

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , , , , , , on January 14, 2010 by warisanbonda

Beberapa hari lepas, telah meletus perang dingin di antara aku dan biniku. Ia berpunca dari sikapnya yang gemar ‘buat muka’ (biasalah suamikan ego, maner leh mengaku salah sendiri) bila ada sesuatu perkara yang dia tidak puas hati. Telah acapkali aku mengingatkan bini aku, ia merupakan satu perkara yang paling aku benci dan tidak suka. Namun, orang perempuan ni biasalah, benda yang paling suami tak suka, itulah yang paling disuka buat. Seolah-olah cuba mencabar keegoan sang suami.

Sebelum ni, aku tinggal serumah dengan mak mertua dan adik-adik ipar aku. Dari mula kahwin hinggalah lahirnya anak yang ke-2. Aku sering cakap dengan biniku, bahawa aku tidak selesa untuk tinggal bersama dengan kelaurganya. Bukan bermaksud aku benci atau tidak suka dengan mereka, aku kadangkala aku perlu dan mahkan kebebasan. Maklum sajalah, bila tinggal di rumah sendiri, kita bebas untuk melakukan apa sahaja, nak tidor, nak baring, nak menonton tv or apa saja.

Continue reading