Indahnya Hidup Beraja


Hari ni aku agak menyesal sebab tidak membawa kamera seperti biasa, kerana pagi tadi aku terlepas satu lagi peristiwa yang pada hematku begitu menarik untuk aku kongsikan di dalam coretan ini. Pagi ni, seperti biasa aku bertugas di Parlimen cuma hari ini ada sedikit kelainan berbanding hari biasa kerana ada upacara sambutan rasmi di Dataran Parlimen bersempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia Presiden Austria Dr. Heinz Fischer. Lawatan tersebut bertujuan untuk menggalakkan persefahaman dan memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Austria.

Upacara tersebut bermula dengan ketibaan dif-dif kehormat di kalangan duta-duta besar dan menteri-menteri kebinet dan diikuti dengan ketibaan oleh YAN Timbalan Perdana Menteri serta Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Tidak berapa lama kemudian ketibaan Presiden Austria Dr. Heinz Fischer dan rombongannya.

Selepas upacara menaikkan bendera dan lagu kedua-dua buah negara berkumandang, Presiden Austria telah diberi penghormatan untuk memeriksa perbarisan Renjimen Askar Melayu Diraja yang lengkap dengan pakaian istiadat. Yang menarik perhatian aku untuk dikongsikan bersama ialah selepas beliau telah diiringgi oleh Yang Dipertuan Agong untuk diperkenalkan dengan Jemaah Menteri di mana aku melihat ahli-ahli kabinet yang bukan Melayu mengangkat sembah sebelum bersalaman Yang Dipertuan Agong.

 

Merafak sembah (hanya sekadar gambar hiasa)

Merafak sembah (hanya sekadar gambar hiasa)

Walaupun peristiwa itu mungkin sudah biasa dilihat oleh sebilangan orang, namun tiba-tiba aku merasa begitu bertuah apabila negara ini masih lagi mempunyai Sultan dan Raja-Raja Melayu. Kerana walaupun merafak sembah adalah adat istiadat orang melayu, namun adat tersebut telah mampu dijiwai oleh mereka yang bukan dari keturunan Melayu.

Perasaan aku ketika itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Kerana aku mula menyedari akan indahnya dan erti hidup beraja…

Koleksi Gambar : Ehsan dari Kem Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: