Archive for the Uncategorized Category

Teka Teki Imam Ghazali

Posted in Uncategorized with tags , , , on November 9, 2010 by warisanbonda

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Continue reading

Advertisements

Harapan CUEPACS dan Dilema Kerajaan

Posted in Uncategorized with tags , , , , , on November 8, 2010 by warisanbonda
Cuepacs

Cuepacs

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 500 sebagai Bantuan Khas Kewangan bagi meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah. Bantuan kewangan tersebut diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Langkah kerajaan ini dalam suasana ekonomi global yang masih belum stabil, menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan pegawai-pegawainya.

Harapan CUEPACS dalam mendapatkan bonus untuk ahlinya tidak dapat ditunaikann kerana dengan menunaikan Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM 1 billion dengan hutang daripada pendapatannya. Walau ekonomi negara nampak stabil, ekonomi dunia masih belum selamat bagi Malaysia.

Continue reading

Catatan Galas

Posted in Uncategorized with tags , , , , on November 4, 2010 by warisanbonda

Hari yang berikutnya sepanjang tempoh pemantauanku di Galas agak selesa kerana beberapa jalan utama telah masuk kedalam benak otak, yang memudahkan segala urusan. Seperti biasa aku memulakan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke bilik gerakan utama aka ‘Command Center BN‘. Setelah berjumpa dengan beberapa kenalan sambil berbincang mengenai bacaan sikap pengundi. Hasil penelitian mereka graf sokongan kepada calon BN ada sedikit peningkatan, kerana beberapa isu berbangkit telah dapat diselesaikan.

Isu orang asli juga hampir 80% telah berjaya diselesaikan, cuma yang menjadi masalah ialah pengundi cina yang masih lagi agak cenderung menyokong calon Pas. Ini kerana gerakan DAP yang agak agresif dengan membangkitkan beberapa isu yang sensitif dan perkauman bagi menarik perhatian kaum cina.

Rata-rata menyifatkan faltor pengundi cina banyak memainkan peranan kerana dilihat sebagai undi penentu kemenangan bagi calon yang bertanding. Salah seorang rakan yang aku temui juga mengatakan ada kemungkinan wujud ‘spy’ yang menyalurkan maklumat kepada Pas. Ini kerana sejak kebelakangan ini, para petugas Pas seolah-olah dapat menghidu gerakan Umno untuk mengadakan ceramah.

Continue reading

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted in Uncategorized on September 8, 2010 by warisanbonda

The Beauty of Al-Quran

Posted in Uncategorized with tags , , , , on February 3, 2010 by warisanbonda

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.  One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Qur’an just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book.

What good does reading the Qur’an do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and   replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.” The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his   grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

Continue reading

Facebook vs Sotong Lemak Kerisik

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , on February 1, 2010 by warisanbonda

Di suatu hari yang indah, seperti biasa aku membuka Facebook (FB) yang baru aku create beberapa minggu yang sudah. Sebelum ini aku tidak mempunyai sebarang account FB melainkan kepunyaan boss. Idea untuk membuka a/c ni tecetus bila mana hampir keseluruhan insan yang aku kenal sudah mula menjadikan FB sebagai platform baru untuk berkomunikasi selain telefon bimbit.

Rasionalnya ia memudahkan aku untuk mengemaskinikan aktiviti harian selain mencari rakan-rakan lama yang telah terpisah disamping menambah kenalan baru sebagai wadah untuk bersosial. Atas faktor itu aku mula mendekati FB untuk kegunaan ku sendiri untuk mengupload semua gambar kenanganku seharian.

Continue reading

Berubahlah untuk lebih prihatin

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , on January 30, 2010 by warisanbonda

Beberapa hari yang lepas, adik aku call dari Kedah dia maklumkan pada aku yang anak kepada salah seorang ahli politik di sana mendapat kemalangan jalan raya. Kejadian itu telah menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian kerana tulang tengkoknya patah. Adik aku memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada sebelah pagi, namun disebabkan mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri telah menyebabkan mayatnya terlantar di hospital hampir 12 jam.

Keluarga mangsa hanya dimaklumkan pada sebelah petang setelah menyedari anak mereka tidak pulang sejak pagi. Kerana khuatir sebarang perkara yang buruk berlaku baba mangsa telah mencari di sekitar kawasan perumahan itu dan akhirnya dimaklumkan akan kemalangan yang berlaku pada pagi tadi. Ketika tiba di hospital, barulah mereka dapat mengesahkan bahawa yang meninggal itu adalah anaknya.

Continue reading