Catatan Galas

Posted in Uncategorized with tags , , , , on November 4, 2010 by warisanbonda

Hari yang berikutnya sepanjang tempoh pemantauanku di Galas agak selesa kerana beberapa jalan utama telah masuk kedalam benak otak, yang memudahkan segala urusan. Seperti biasa aku memulakan aktiviti dengan mengadakan lawatan ke bilik gerakan utama aka ‘Command Center BN‘. Setelah berjumpa dengan beberapa kenalan sambil berbincang mengenai bacaan sikap pengundi. Hasil penelitian mereka graf sokongan kepada calon BN ada sedikit peningkatan, kerana beberapa isu berbangkit telah dapat diselesaikan.

Isu orang asli juga hampir 80% telah berjaya diselesaikan, cuma yang menjadi masalah ialah pengundi cina yang masih lagi agak cenderung menyokong calon Pas. Ini kerana gerakan DAP yang agak agresif dengan membangkitkan beberapa isu yang sensitif dan perkauman bagi menarik perhatian kaum cina.

Rata-rata menyifatkan faltor pengundi cina banyak memainkan peranan kerana dilihat sebagai undi penentu kemenangan bagi calon yang bertanding. Salah seorang rakan yang aku temui juga mengatakan ada kemungkinan wujud ‘spy’ yang menyalurkan maklumat kepada Pas. Ini kerana sejak kebelakangan ini, para petugas Pas seolah-olah dapat menghidu gerakan Umno untuk mengadakan ceramah.

Continue reading

Advertisements

Petua Mencuci Hati

Posted in Blogroll with tags , , , , , , , on November 3, 2010 by warisanbonda

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

Continue reading

50 Langkah Bestari Suami Mithali

Posted in Blogroll with tags , , , , on November 3, 2010 by warisanbonda

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

Continue reading

Redhalah dengan ketentuanNYA

Posted in Blogroll with tags , , , , , , on November 2, 2010 by warisanbonda

Surah Al Fatihah

Surah Al Fatihah

Pada mulanya aku berhajat untuk menyambung catatan perjalananku di PRK Galas, tapi seperti janji tuhan manusia hanya mampu untuk merancang, tapi Allah swt adalah sebaik perancang. Sebaik aku tiba di rumah pada jam 8.30 malam tadi, Phone aku berdering sebagai tanda, terdapat SMS yang memaklumkan, ibu kepada rakan sekolahku telah pulang ke rahmatullah pada petang tadi.

Continue reading

Dimanakah ucapanku?

Posted in Blogroll with tags on November 2, 2010 by warisanbonda

 

Selamat Panjang Umur

Selamat Panjang Umur

Hari ini genaplah 32 tahun aku menumpang didunia yang sementara ini, namun ucapan yang ku tunggu-tunggu dari isteri dan ibu masih juga belum kunjung tiba. Walaupun berpuluh ucapan telah aku terima dari laman facebook, baik dari kenalan yang dekat mahupun jauh, namun ucapan mereka-mereka yang dekat dihatiku masih juga belum kunjung tiba.

Aku hanya ingin bersangka baik, mungkin mereka telah dibuai mimpim indah namun aku percaya masih lagi ada esok untukku. Apabila diri meningkat usia, semakin kita inginkan agar lebih dihargai..

Dari Gua Musang ke Cameroon Highlands

Posted in Human Interest with tags , , , , , , , , , , on November 2, 2010 by warisanbonda

Aktiviti hari ini, hanya memantau bilik-bilik gerakan dan bentuk program yang dijalankan. Seawal jam 8.00 pagi aku telah bangun untuk bersiap memulakan tugas2 pemantauan. Sekitar jam 3.00 petang aku menuju ke perkampungan orang asli bagi meninjau persiapan yang sedang diaturkan.

Dari kiri : Uncle Rahim, Aku, Datuk Man dan salah seorang petugas bilik gerakan

Dari kiri : Uncle Rahim, Aku, Datuk Man dan salah seorang petugas bilik gerakan

 

Tuan Haji Ghazali Abbas, Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang

Tuan Haji Ghazali Abbas, Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang

Continue reading

Harga untuk 1 malam RM400.00

Posted in Human Interest with tags , , , , on November 1, 2010 by warisanbonda

Pagi tadi aku bertolak ke Galas bagi memantau dan mengaturkan aktiviti sebelum kedatangan bos aku. Sudah menjadi rutin untuk menyiapkan aktiviti beliau agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan teratur. Bertolak pada pukul 11.30 pagi perjalan yang mengambil masa hampir 5 jam. Mengikut perancangan awal aku akan bermalam di Kuala Lipis kerana merasakan kebanyakan hotel di sekitar Gua Musang pasti sudah penuh dengan petugas dan jentera Pilihanraya baik dari UMNO/BN atau Pas/PR.

Destinasti pertama sudah pasti ke ‘Command Center’ BN yang terletak di Bukit Cekati bagi mendapatkan gambaran awal perjalanan dan gerak kerja jentera. Selesai di sana, aku terus ke Kampung Pulai bagi melawat rumah Johor dan berbincang mengenai aturcara program yang telah dirancang oleh UMNO Johor sepanjang masa untuk berkempen.

Continue reading